5 Tanda Anda Dah Bersedia Untuk Berkahwin

Posted in Nasihat

5 Tanda Anda Dah Bersedia Untuk Berkahwin

Setiap kali raya je tanya pasal kahwin. Asyik-asyik tanya pasal kahwin. Kadang-kadang rimas juga kan? Siapa yang dah berpasangan tu mungkin lebih sesuai untuk berangan tentang wedding of the year, tapi yang tiada pasangan ni 🙁

Tapi, cuba kita renung seketika, apa jadi jika tiba-tiba dalam masa yang terdekat ni, ada yang menyatakan hasrat untuk masuk meminang? Atau lebih dahsyat lagi, terus datang dengan rombongan dekat pintu pagar dan tekan loceng rumah.

Jodoh kententuan di tangan Allah. Cliché kan jawapan haha 😛 Rasanya pahit juga tapi itulah kebenaran.

Tup tup siap datang sekali dengan dulang dulangan untuk merisik dan bertunang. Haaa.. amacam? Mau tak lari 10km dibuatnya. Sah-sah la kita akan terkejut beruk. Berpuluh-puluh soalan mula bermain dalam fikiran kita.

Betul ke aku nak kahwin?

Betul ke aku nak kat dia?

Macam mana kalau dia jenis abusive?

Aku tak reti masak macam mana ni?

Kenapa dia datang masa tudung aku tengah buruk :0

Aku masak air pun hangus, aku panik…

Aku belum bersedia…

Bila tanya mak kita, dia jawab, “Eh kau yang nak kahwin, apesal pulak tanya mak?”. Bila ditanya pada ayah, “Cepat-cepatlah kahwin, ayah nak timang cucu”. Orang tua kita pasti mahu kan yang terbaik untuk anak mereka. Dalam isu ini, mereka ingin pastikan agar anak mereka ada yang jaga, ada kehidupan yang stabil dan paling penting, ada orang untuk bertanggungjawab apabila mereka tiada nanti. So, masih lagi tak terjawab kan?  

Memang banyak soalan yang kita akan tanya pada diri sendiri. Bukan apa, kadang-kadang kita memang tak expect persoalan jodoh ini perlu difikir kan dalam sekelip mata. Pasti kebanyakkan daripada kita ada menyimpan hasrat untuk berkahwin tetapi selama ni, masa makcik-makcik bawang tu dok tanya itu ini, kita tak pula terfikir yang ia akan berlaku dalam masa yang terdekat. Tak sempat nak fikir. Oleh itu cuba tengok 5 tips di bawah ni untuk ukur sama ada awak dah bersedia ke belum untuk mendirikan rumah tangga. 

1. Financial Stability

Masalah kewangan adalah masalah punca utama dalam perkahwinan. Ada antara kita yang bekerja kedua-dua pasangan suami isteri dan ada yang isteri atau suami yang tidak bekerja. Perancangan kewangan merupakan keutamaan selepas berkahwin especially  perancangan untuk masa kecemasan. Mana nak cekau duit kalau ada apa-apa berlaku secara tiba-tiba. Tapi kalau dikira-kira gaji kita ni tak seberapa pun. Jadi macam mana nak berkahwin ni. Untuk diri sendiri pun gagal. Sebenarnya, pengurusan kewangan memerlukan ilmu dan kematangan. Kita ni lebih banyak membazir dengan duit gaji sebab  TIADA KOMITMEN LAIN. Tapi, orang tua2 cakap, perkahwinan tu rezeki. Maka, rancanglah kewangan anda sebaiknya. Kalau dah ada pekerjaan tetap, ada simpanan sikit2, insyaAllah boleh dah tu berkahwin. Jgn risau kayyy 🙂

2. Persediaan mental dan fizikal

Ramai yang sebut, “Muda lagi”. Kesihatan adalah nikmat Allah yang tak ternilai. Jadi haruslah kita jaga dari usia muda. Kawal stress di tempat kerja, bersenam dan tak lupa juga ada aktiviti sosial bagi memastikan kita ada work-life balance. Sekarang ni pelbagai penyakit ada berdekatan kita sama ada yang nampak atau tak nampak. Contohnya seperti depresi, dan darah tinggi, adalah antara penyakit yang boleh dihidapi oleh orang muda juga. Jadi bersedia, jika anda ada masalah dari segi persediaan mental dan fizikal, perlulah diselesaikan terlebih dahulu atau sekurang kurangnya inform bakal suami atau isteri tentang condition anda. 

3. Terbuka menerima pasangan 

Hidup membujang dengan berkahwin beza bagai langit dan bumi. Walaupun awak bercinta sweet couple macam mana pun, pusingan 360 darjah akan berlaku. Awak berasal dari keluarga berbeza, dibesarkan dengan cara yang berbeza, makanan berbeza, budaya berbeza. Semuanya berbeza. Jangan risau, normal ni. Nak adapt dengan pasangan memang memerlukan masa dan kerjasama kedua dua belah pihak. Tapi apa yang lebih penting ialah keterbukaan kita untuk menerima perubahan dan suasana yang baru. Kita harus sentiasa merasakan ini adalah pengalaman yang baru dan menyeronokkan. 

4. No High Expectation

Kita pun jarang terfikir akan berkahwin dalam masa terdekat kan, jadi expectation kita tu pun jadi makin tinggi. Kalau suami, dalam fikiran nya, mungkin bakal isteri tu akan bangun awal pagi buatkan sarapan. Kalau isteri pula, dalam fikiran nya, bakal suami tu akan support 100% perbelanjaan rumah. Expectation seperti ini hanya assumption atau jangkaan sahaja kerana kita terikut-ikut drama Melayu yang sentiasa tunjuk tempat perempuan itu di dapur. Dah tahun 2020 ni, suasana berubah, lelaki dan perempuan masing-masing memikul tanggungjawab yang sama berat. Jadi lelaki atau suami perlu sesuaikan expectation mereka mengikut keadaan semasa. Begitu juga dengan isteri, perlu bersedia untuk berkongsi dan tidak mempunyai expectati0n yang tinggi melangit.

5. Kenali latar belakang keluarga bakal pasangan

Kalau dah sangat-sangat tak pasti sama ada bersedia atau tak untuk berkahwin, lihatlah pada latar belakang keluarga pasangan. Observe macam mana bakal pasangan kita tu menyantuni ibubapa dia sendiri dan juga orang tua kita. Tengok betul-betul pergaulan bakal pasangan kita dengan adik -beradik, keluarga terdekat dan juga jiran tetangga. Daripada aspek itu, kita boleh sedikit sebanyak mengetahui sikap pasangan kita itu. Biasa zaman sekarang ni, boleh datang ke rumah waktu hari raya atau ketika open house. Masa tu lah kita korek sikap sebenar pasangan kita. 

“You will never know when will you be ready”

Sejujurnya, tiada siapa yang boleh sahkan dia telah bersedia 100% bersedia untuk berkahwin. Tetapi, ambillah langkah sebaik-baiknya dalam memastikan kita tahu risiko yang kita bakal lalui. Semua individu mahu perkahwinan yang terbaik jadi kita mesti pastikan kita mengetahui apa di hadapan kita. Kalau memang rasa tak bersedia, tak perlu teruskan. Ambil masa untuk diri sendiri. Kalau dah bersedia tu, jalan je 🙂 benda baik jangan dilambat lambat kan. 

 

There are no comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart