Persediaan Malam Pertama

Posted in Nasihat

Persediaan Malam Pertama

Asslamualaikum semua pembaca tegar Nasihat Perkahwinan by Kadfactory . Macam mana persiapan raya tahun ni? Siap tak baju raya yang you hantar tu? Ke terpaksa beli kat Zalora last minute sebab tailor tu buat ikut ukuran pesen ibu mengandung, haha 😀 ! Alhamdulillah, harini kami nak kongsikan nasihat yang dah diamalkan sejak turun temurun yang pasti insyaAllah boleh membantu pasangan-pasangan lagi yang baru berkahwin lately ni bagi membuat Persediaan Malam Pertama Di Rumah Mertua.

Potong stim kan, jangan la serius sangat korang ni 😛 tips malam pertama yang ehem-ehem tu kau google je okay!!

Pergi rumah mertua ni bukan perkara pilihan, tetapi merupakan suatu rutin yang perlu dihadapi oleh semua pasangan. Ibu bapa suami atau isteri kita perlu dilayani dan diadili hak mereka sama seperti ibu bapa kita sendiri. Tak boleh lah kita berat sebelah dalam melayani kedua-dua belah pihak. Mesti dihormati, disayangi dan paling penting, di lawati selalu.

Para Wife jangan asyik nak balik kampung awak je

Dan encik  husband, jangan selalu cari alasan taknak pergi. Walaupun kita ada jadual kerja yang busy, selalu outstation atau banyak kewajipan yang perlu ditunaikan, jangan lupa untuk pulang melawat mereka. Terutama sekali bagi ibu bapa yang sudah tua dan uzur. Kehadiran kita sudah tentu dapat menghilangkan rasa rindu dan sedikit sebanyak menggembirakan mereka. 

Ambil masa dan jenguk orang tua kita yang dah bersusah payah membesarkan kita

Yang baru-baru kahwin ni, kebanyakkannya cultural shock bila tiba di rumah mertua. Mana taknya, di rumah kita sendiri sebelum ni, kita dah terbiasa dengan cara kita, gaya kita, masa kita, perangai kita. Lagi-lagi yang jenis mak buatkan semua. Tapi jangan risau, ini kan fasa transition. 

Sebagai seorang yang baru mendirikan rumah tangga, sentiasa berfikiran terbuka, rasional. Anggap ini semua sebuah pengalaman baru yang menyeronokkan. (Pro tip [1]; Jangan cari pasal dengan mak mertua ok!) Kita sebagai menantu juga ada report card kita yang kena di jaga .

Nak Juga Mertua Puji Kan!

Siapa yang tak suka apabila dipuji oleh mertua sebab itu akan secara tidak langsung memberi kita semangat dan motivasi. Hati pun kita berasa lapang jika kita tahu mertua sayang kepada kita. TAPI! INGAT! jangan sampai kita membuat musuh dengan menantu-menantu yang lain just because kita nak jaga report card kita. Pastikan kita pilih win-win situation. Sabda Nabi juga menganjurkan agar kita sentiasa memelihara hubungan silaturrahim sesama kita. Boleh rujuk hadis tersebut di sini.

Untuk para isteri

1. Kelengkapan Diri


Bawak lah semua skin care produk yang korang ada, mask, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi, tuala muka, tuala wanita (kalau red flag). Kalau terlupa tak apa. Minta elok-elok dengan tuan rumah, insyaAllah mereka ada sediakan cumanya kau hengat ni hotel ke nak order? Seeloknya, ada beg atau bekas khas untuk simpan semua barang-barang yang korang perlu untuk tinggal beberapa hari di rumah mertua. Persediaan mungkin untuk dua tiga hari tapi kot kot la shuben awak suruh stay lama sikit, ada lah backup. (Pro tip [2]; Always look presentable!). 

Walaupun kita hanya duduk di rumah, tak ke mana-mana, bila di rumah mertua, kita kene kelihatan segar dan kemas. Jangan selekeh di rumah mertua, tapi bukan lah kene pakai blazer, slack, tudung kene iron nampak segak macam nak bagi ucapan. Cukup sekadar kelihatan simple and sweet. Contohnya kalau kita pakai baju kelawar untuk memasak, pastikan kelawar tu yang masih hidup dan boleh terbang. Kalau kelawar tu dah takde sayap, minta lah shuben belikan kelawar baru yang sayapnya masih kukuh Baru lah kita boleh terbang tinggi di dapur. You know what i mean right 😀

2. Hafal Resipi Menambat Hati

Memang menjadi lumrah untuk kaum perempuan ke dapur (amaran: ini bukan statement sexist atau gender biased) kerana di dapur ada banyak bawang yang boleh dipotong. Mak mertua kita juga mesti ada harapan agar menantunya dapat bersama-sama memasak menyiapkan lauk-pauk yang sedap untuk hidangan sekeluarga. Ada juga mak mertua yang nak share resipi-resipi masakan yang dia dah simpan sejak berzaman lagi. Mak-mak kita mesti ada simpan satu buku resipi yang kulit kertas dia macam peta harta karun. Cepat-cepat lah kita master cara-cara nak masak resipi tersebut.

“Masa mak kau masak tak nak belajar!” – abah den

Apabila pertama kali masuk ke dapur mertua, yang skill memasak level crispy rendang ke, atau yang takde skill langsung, pertama sekali, hormati dapur mertua anda. Dapur ni merupakan medan pertempuran yang dahsyat bagi kaum wanita. Semua perkara ada prosedur nya yang tersendiri. Location pinggan mangkuk, cawan, sudu, garam, gula, minyak, semuanya di letakkan bersesuaian dengan cara mak mertua kita. Jadi, bila first time jejakkan kaki ke dapur mertua, rajin-rajin kan bertanya. Kurangkan assumption! Paling penting, tahu macam mana dapur tu berfungsi, baru la kita boleh action tunjuk skill kita. Jaga-jaga, jangan pecahkan pinggan Corelle mak mertua kau! Tu dia beli masa rombongan pergi Langkawi tahun 90 dulu!

3. Kemas bilik tidur

Kebiasannya mertua dah siapkan elok-elok bilik tidur kita di kampung. Mereka kalau dah excited tu semua benda akan dipastikan betul-betul dah sedia dengan selimut, cadar baru, bantal, tuala dan sebagainya. Jadinya bila dah sibuk berada di rumah mertua, dah 2-3 hari pasti bilik dah berselerak kan! Jadi sebelum pulang ke rumah, PASTIKAN, kemas bilik tu betul-betul. Langsir dah ikat, cadar dah string, baju-baju yg dah kotor dah di susun untuk di basuh. Senang cerita, kasi jadi balik mcm mana you all datang first day tu!

Hah. Cukup lah tu dulu ok. Untuk para shuben kita sambung dalam post yang seterusnya ok guys!

Dalam kesempatan ini, kami di KadFactory nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua umat Islam di mana jua anda berada especially penyokong setia KadFactory. Jangan lupa ikuti kami di Facebook & Instagram untuk mendapatkan promosi yang terbaru serta diskaun-diskaun yang menarik untuk anda.

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart