REALITI Pertunangan Yang Ramai Tak Tahu. Tapi Perlu ke?

Posted in Nasihat

REALITI Pertunangan Yang Ramai Tak Tahu. Tapi Perlu ke?

Kenal sudah, dating pun sudah, jumpa parents pun dah, kini tiba suatu fasa yang sangat mencabar bagi anda dan pasangan, PERTUNANGAN. Dari segi bahasa yang mudah difahami, bertunang itu merupakan suatu langkah untuk menyatakan keinginan berkahwin tetapi harus diingat! pertunangan ini bukan satu tiket menghalalkan perhubungan. Sabar. Ia adalah satu step forward dalam perhubungan anda. Boleh rujuk penjelasan oleh Mufti Wilayah di sini

Wajib ke bertunang?

Tujuan bertunang itu sendiri adalah untuk bersuai kenal antara satu sama lain. Tetapi, dalam zaman sekarang ini kebanyakkan antara kita telah pun kenal lama dan mengetahui latar belakang pasangan. Antaranya yang kenal dari zaman sekolah, universiti dan sebagainya. Jadi, mengapa perlu bertunang? Ha! Jangan ingat dalam proses anda menuju ke alam bahagia, hanya anda dan pasangan yang terlibat. Jangan di lupa keluarga anda yang juga turut terlibat dalam hal ini. Mungkin ibu bapa, adik beradik anda masih belum kenal. Jadi inilah peluang atau pun starting point bagi kedua ibu bapa anda terutamanya, untuk berkenalan dengan lebih rapat sebelum menjadi besan masing-masing.

Anda percaya atau tidak tentang ujian pertunangan?

Nak atau tak, semua pasangan tidak akan terlepas dari ujian pertunangan. Seperti pasangan yang lain, anda perlu menghadapi fasa ini dengan tenang dan rasional. Supaya anda tak stress! ataupun jadi panik tak tentu pasal! Fasa perubahan ini memang akan ada cabarannya, tapi jangan risau, ujian selepas perkahwinan nanti lebih besar dan lebih lebih lebih mencabar. So apa yang mencabar sangat semasa bertunang ni?

#1 Kewangan

“Eleh, kalau takde duit, jangan la kahwin dulu.”

Makcik Bawang Junior

Bakal suami ni rata-rata pening dengan belanja yang perlu ditanggung. Asal kira duit je, mesti tak cukup. Chop! Jangan condemn dulu. Ada betulnya juga. “Kau nak kahwin, kau sepatutnya dah plan betul-betul financial kau macam mana!”. Perancangan kita memang bagus, tetapi perancangan Allah lagi hebat. Tak selalunya apa yang kita plan tu jadi seperti yang kita nak. Baru nak kumpul duit, tayar pulak bocor. Lepastu renew roadtax dan insurans kereta pula. Tambah pulak tahun tu tiada bonus dan increment. Aduhhhh. Sakitnya tu di sini. Ada hikmahnya, jangan risau. Semua nya akan cukup bila sampai waktunya. Cuma perlu banyak ingat tujuan sebenar perkahwinan, insyaAllah semua ok! Pasangan pula jangan tengok saja, comfort kan bakal shuben tu. Bagi kata-kata semangat agar tak cepat putus asa.

#2 Ex lama muncul kembali

Semakin hampir dengan tarikh nikah, semakin cuak dibuatnya. Banyak benda yang dirasakan tak kena. Orang putih cakap “Cold Feet”. Ada sesetangah pasangan yang merasakan pilihan yang dibuat tak tepat. Ada saja yang tak kena. Sekejap rasa macam terburu-buru buat keputusan untuk berumah tangga. Sekejap rasa macam kalau boleh esok jugak nak bernikah. Macam-macam emosi, turun naik tak tentu. Dan dan pula time ni ex tiba-tiba DM tanya khabar. Goyah! Seeloknya, jangan selalu berseorangan. Kerap menyendiri atau kurang bersosial memudahkan fikiran kita diganggu. Kita juga akan lebih tenang jika selalu berborak, meluahkan kerisauan. Mungkin dengan kawan-kawan akan buat kita lebih senang (sebelum kahwin la ye, dah kahwin jangan harap. haha!)

#3 Perselisihan faham dengan keluarga

“Mama nak wedding of the year untuk kakak”

Mak yang diracun jiran sebelah

“Tapi kakak nak yang simple-simple je”

Kakak yang baru lepas kursus kahwin

Persiapan menjelang perkahwinan ini merupakan masa paling sensitif oleh semua pihak. Bukan yang nak berkahwin sahaja yang effected. Adik-beradik, pakcik makcik, malahan jiran sebelah pun boleh bergaduh kalau berlaku tak sefahaman. Isu-isu nya kebanyakkan nya boleh diselesaikan cara baik. Contohnya, tema majlis, doorgift, kugiran, jenis bunga. Selesaikan lah cara baik. Protip untuk bakal pengantin. Jauhkan diri dari perbalahan yang tak membawa manfaat. Bersikap terbuka. Jangan ingat ni majlis anda seorang sahaja. Kesemua ahli keluarga dan sahabat yang meraikan juga merupakan sebahagian dari majlis. Plus, pada hari majlis tu, pengantin tak buat apa pun ye. Ahli keluarga ni yang akan siapkan semua perkara. Make sure, hubungan dengan semua orang di jaga dengan rapi.

#4 Tekanan Keluarga

Proses pertunangan ini bukan mudah, tidak juga terlalu complicated. Dalam banyak hal yang kita boleh control, perbincangan antara keluarga dengan keluarga adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Oleh itu lebih elok jika perbincangan lebih awal di buat sebelum hari pertunangan agar sebarang ketidak sefahaman dapat dielakkan. Pihak perempuan boleh bertanya kepada wali tentang syarat-syarat yang ingin diletakkan. Hal ini termasuk wang hantaran (dialamatkan kepada siapa) dan juga barang-barang hadiah perkahwinan. Nampak remeh, tetapi manage your expectation. Ada di antara kita semasa bercinta, ibu bapa tidak terlalu menekan kan aspek ini. Lepas pihak lelaki buka mulut untuk berkahwin, syarat-syarat ini mungkin ada. Jadi, berbincanglah sebaiknya.

#5 Si Dia Berubah Perangai

Tak dinafikan, semua pasangan akan menghadapai perubahan perangai. Cuba tengok #1 sampai #5. Stress kan? Begitu juga pasangan anda. Environment yang baharu ini sudah pasti akan memberi kesan kepada anda juga. Dahulu nak travel boleh je book flight, terus pergi. Tapi sebab nak kahwin, bajet dan financial kene control. Si dia yang dah kumpul duit nak beli PS4 pun kene tangguh sebab nak kahwin. Sikit sebanyak, ini adalah permulaan kehidupan berumah tangga. Dan pastinya, pertunangan adalah permulaan kecil kepada bahtera rumah tangga yang lebih mencabar.

Ughhhhh Stressnya Macam Ni!

Pengalaman min sendiri

Sabar. Sabar. Sabar. Itu pesan bestfriend min masa min mula nak kahwin dulu. Masa tu, min juga stress sebab perubahan yang belum sempat adapt. Juga tak ada kekangan kewangan yang agak hardcore juga waktu tu. Bonus takde, side job takde, stress kerja, sambil sambung belajar lagi. Tapi pelan-pelan kayuh, Alhamdulillah, dah beranak pinak dah. ok je. hehe. Pesan min kepada yang belum dan bakal dan sedang bertunang, banyakkan bersabar. Banyakkan berbincang. Jangn di simpan dalam hati. Dia tu kan bakal shuben awak. Apa yang nak dirahsiakan, betul tak?

There are no comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart