Seminggu Duduk Sebumbung, Rasa Macam….

Posted in Nasihat

Seminggu Duduk Sebumbung, Rasa Macam….

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia bagi setiap pasangan. Akhirnya, setelah lama berkenalan, melalui fasa-fasa ups and downs dalam percintaan, pengakhiran yang bahagia dapat dikecapi oleh pasangan. Perbezaan yang amat ketara sudah semestinya dapat dirasai oleh kedua-dua belah pihak baik si suami ataupun si isteri. Mana tak nya, sebelum ini semasa bujang, boleh juga merasa tidur lebih masa bila tiba waktu hujung minggu ataupun stay up late menonton Kdrama sampai ke pagi, kini masa lebih banyak perlu diisi dengan perkara-perkara yang lebih penting seperti mengemas rumah, membeli barangan dapur, memasak dan sebagainya.

Fasa perubahan ini sangat penting untuk di hadapi secara bersama oleh pasangan. Betul kata orang tua-tua, semasa bercinta semuanya indah. Tetapi selepas seminggu tinggal sebumbung, boleh nampak baik buruk pasangan kita. Jangan kita anggap ini merupakan satu perkara yang negatif kerana ini adalah realiti perkahwinan yang perlu kita manage dan bersama-sama dalam membina keluarga. Ada sesetengah pasangan yang mula ada rasa tidak puas hati mungkin disebabkan expectation terlalu jauh daripada realiti. Dulu nya kita ada private space kita sendiri, tiada yang kacau, tiada yang ubah, semuanya mengikut aturan kita sendiri. Sekarang, sudah ada seorang individu yang perlu anda kongsi semuanya, termasuk bilik tidur, masa, kewangan dan sebagainya. Kami akan kongsikan beberapa tips supaya anda tak terlalu stress bila melihat pasangan anda macam tak berapa nak involve dalam pengurusan rumah tangga 😛

1. Sentiasa Berterus Terang

Orang putih cakap, Honesty Is The Best Policy. Teras dalam hidup bersama sudah semestinya kepercayaan terhadap pasangan. Kejujuran sama ada si suami atau isteri mestilah berada dalam tahap tertinggi barulah keharmonian antara pasangan itu dapat berkekalan. Jika masing-masing tidak bersedia memberi kepercayaan terhadap satu sama lain, mula lah episod cakar-cakar manja yang kadang-kadang sakit hati jugak kan!

2. Benda Boleh Bincang, Kenapa Tak Bincang

Discuss, Discuss, Discuss! Tinggal sebumbung, tidur sebantal, takkan tak boleh berbincang apabila ada isu-isu yang kita tak bersetuju. Jika anda mempunyai pandangan yang berbeza dengan pasangan, itu merupakan satu tanda yang positif kerana anda berdua sedang melihat suatu isu dari perspektif yang berbeza yang mana akan membawa anda berdua kepada solusi yang lebih berkesan. Ada sampai suatu tahap, picit ubat gigi di pangkal atau di tengah juga boleh dijadikan isu untuk bercakaran jadi, jangan simpan di dalam hati, sentiasa luah kan supaya anda berdua dapat mencipta keserasian.

3. Sabar dan Toleransi

Ada seorang rakan kami sentiasa ingatkan agar kita sentiasa sabar dan bertoleransi antara satu sama lain. Memang sukar untuk dapatkan fine tuning antara kita dan pasangan kerana kita semua mempunyai latar belakang yang berbeza, dibesarkan dengan cara yang berbeza dan mendapat kasih sayang dengan cara yang unik. Jadi, tidak kira isteri atau suami, jadilah pendengar yang baik, sentiasa hormat pandangan dan citarasa pasangan anda serta bersedia untuk menerima perbezaan walaupun ianya jauh dari apa yang anda expect.

Bulan Ramadhan ni banyak kes pengesahan lafaz cerai yang dibuat di Mahkamah Syariah. Kes yang difailkan ni rata2 dari…

Posted by Muhammad Munzir on Wednesday, May 22, 2019

Perkongsian di Facebook oleh Tuan Muhammad Munzir , seorang peguam syarie berkenaan kes-kes yang dihadapi oleh beliau. Penting bagi kita untuk tidak melatah apabila menghadapi ujian dalam perkahwinan. Semua keputusan tidak boleh dibuat apabila kita sedang dalam keadaan beremosi oleh itu adalah lebih baik jika kita bertenang terlebih dahulu, berbincang dan membuat keputusan yang membawa kebaikan kepada pasangan. Yang dah kahwin, banyakkan ambil iktibar daripada perkongsian ini, yang belum kahwin boleh lah tengok-tengok design kad kahwin yang menarik oleh KadFactory! Hehe Klik di sini

 Jangan lupa share dan like!

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart